◉ HEADLINES

Peruntukan khas RM3 juta bagi galakkan pengkarya seni Sarawak dan Sabah hasilkan kandungan berkualiti: Fahmi

Diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pengkarya kandungan di Sarawak dan Sabah untuk sewaan dan kemudahan fasiliti penggambaran FINAS

12:32 PM MYT

 

KUCHING – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengagihkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) kepada pengkarya seni di Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti di kedua-dua negeri itu, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pengagihan dana melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan bakat serta kemahiran, merangsang aktiviti dan inovasi serta mewujudkan peluang pekerjaan di kedua-dua negeri berkenaan.

Bagi tujuan yang sama, beliau berkata diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pengkarya kandungan di Sarawak dan Sabah untuk sewaan dan kemudahan fasiliti penggambaran FINAS selama enam bulan mulai hari ini.

“Sekiranya pengkarya kandungan menghasilkan karya sehingga mampu meraih anugerah terutama di peringkat antarabangsa, kita bersedia memberi lebih banyak diskaun, termasuk 20 peratus lagi selepas daripada itu.

“Sehubungan itu, saya berharap dana RM3 juta serta diskaun yang diberi dapat memberikan suntikan semangat dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak kandungan yang lebih berkualiti dari Sabah dan Sarawak, untuk kita raikan kandungan penceritaan mengenai nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Fast Track: How To Be A Content Creator serta pembukaan Studio Sound Stage FINAS Sarawak, di Auditorium FINAS, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman. – 15 September, 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

◉ Related