Salur aduan lengkap kenaikan harga beras di pasaran: Armizan

6:18 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menasihatkan pengguna agar membuat aduan segera berhubung kenaikan harga beras tempatan yang termasuk dalam harga kawalan di pasaran dan isu berkaitan bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan.

Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

“Kalau setakat tular gambar dan video tetapi tiada maklumat, mungkin dalam tempoh kita (KPDN) mencari maklumat, pihak yang melakukan kesalahan akan bertindak menyembunyikan (kesalahan).

“Saya harapkan kita dapat kerjasama daripada masyarakat. Lebih banyak aduan, lebih kita suka kerana inilah fungsi dan tanggungjawab KPDN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah di sini hari ini.

Armizan berkata KPDN telah menerima 142 aduan mengenai kenaikan harga beras di seluruh negara menerusi Op Jamin yang dilancarkan pada Julai lepas.

Di Sabah, Armizan berkata sebanyak 295 pemeriksaan telah dilakukan sejak Julai ke atas premis perniagaan sebagai usaha memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga beras hingga membebankan pengguna.

Beliau berkata kementerian juga telah menubuhkan Unit Risikan Perniagaan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas yang antara lain untuk bertindak terhadap aduan yang berkaitan, selain melakukan risikan awal bagi mengekang isu kartel dalam rantaian bekalan.

Mengulas mengenai jelajah mini karnival itu, beliau berkata ia dianjurkan bertujuan menggalakkan rakyat Sabah supaya memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan, selain ia juga adalah inisiatif kerajaan menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

“Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha memartabatkan barangan Malaysia ketika isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini,” katanya.

Jelajah mini karnival itu berlangsung hingga esok melibatkan pempamer yang menawarkan pelbagai keunikan produk tempatan. – 15 September, 2023

Topics

Hangat

Masked assailant kills two cops, injures one in attack on Ulu Tiram police station

Suspect shot dead at scene of early-morning assault, pistol and sub-machine gun seized

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related