HEADLINES

Nor Yati Ahmad dilantik Akauntan Negara baharu

6:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Akauntan Negara (Korporat) Nor Yati Ahmad dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Nor Yati  itu diumumkan Jabatan Akauntan Negara dalam kenyataan hari ini bagi menggantikan Datuk Dr Yacob Mustafa yang tamat kontrak perkhidmatan pada 2 Ogos lepas.

“Jabatan Akauntan Negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan atas kepercayaan yang diberikan kepada Nor Yati bagi menggalas tugas dan amanah sebagai Akauntan Negara,” menurut kenyataan itu.

Surat pelantikan Nor Yati sebagai Akauntan Negara disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed di Jabatan Perkhidmatan Awam di sini hari ini.

Nor Yati yang mempunyai kelulusan Master Of Accountancy And Financedari University Of Adelaide, Australia dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mula menyertai sektor awam pada 1995 sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara cawangan Kuala Lumpur.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat), Nor Yati berkhidmat di Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Jabatan Akauntan Negara sejak 2011 dan dilantik sebagai pengarahnya pada 2018.

PPPA bertanggungjawab dalam transformasi daripada perakaunan asas tunai ubah suai kepada perakaunan asas akruan sektor awam selaras dengan yang digariskan dalam Model Ekonomi Baharu 2010 yang antaranya membantu meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan khasnya dalam Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor awam amnya. – 18 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related