HEADLINES

4 syarikat termasuk Carsome, Carro dilantik kendali pemeriksaan kereta persendirian

Pemeriksaan pertukaran hak milik (M.V.15) adalah agak ringkas dan tidak rumit namun apabila dilakukan di Puspakom bersama kenderaan berat, ia tetap menyumbang kepada kesesakan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilik kereta persendirian boleh membuat pemeriksaan pertukaran hak milik (MV15) yang dikendalikan oleh pihak swasta di bawah inisiatif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, empat syarikat pengendali baharu yang dilantik ialah Carro Technology Sdn Bhd, Carsome Academy Sdn Bhd, Wawasan Bintang Sdn Bhd, dan Beriman Gold Sdn Bhd.

Menurutnya, PPKM yang bakal beroperasi dalam masa tiga bulan lagi itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Loke menegaskan, empat PPKM itu hanya akan membuat pemeriksaan terhadap kenderaan persendirian saja berbanding pemeriksaan ke atas pelbagai jenis kenderaan yang dilaksanakan di Puspakom ketika ini.

Menurut Loke, syarikat-syarikat itu dipilih daripada tujuh firma yang ditawarkan untuk menyertai pelaksanaan dasar baharu ini di seluruh negara.

Walaupun pelantikan itu bersyarat, Loke berkata beberapa syarikat telah menyatakan kesediaan untuk memulakan operasi lebih awal daripada tempoh yang diberikan.

“Kita telah memberikan mereka tempoh 12 bulan untuk menyediakan kemudahan mereka selaras dengan garis panduan operasi.

“Namun, kita difahamkan ada syarikat yang bersedia memulakan operasi dalam tempoh tiga bulan, dan jika begitu, kita bersedia mengeluarkan lesen dalam tempoh tersebut,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan surat tawaran kepada empat syarikat berkenaan, di Putrajaya, hari in

Loke menjelaskan pemeriksaan pertukaran hak milik (M.V.15) adalah agak ringkas dan tidak rumit serta melibatkan semakan asas seperti pengesahan nombor casis.

“Namun apabila ia dilakukan di Puspakom bersama pemeriksaan kenderaan berat, walaupun di lorong berasingan, ia tetap menyumbang kepada kesesakan keseluruhan.

“Sebab itulah kita memutuskan untuk membuka pasaran kepada lebih banyak pemain,” katanya.

“Apa yang kita lakukan ialah memecahkan monopoli. Pengguna kini ada pilihan selain Puspakom,” katanya. – 16 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related