◉ HEADLINES

Bekalan beras di Selangor mencukupi, usah buat pembelian panik: Amirudin

Beliau memberi jaminan tersebut susulan Selangor masih memiliki stok simpanan melebihi 20,000 tan metrik

5:42 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bekalan beras mencukupi untuk keperluan rakyat di negeri ini sehingga akhir tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan tersebut susulan Selangor masih memiliki stok simpanan melebihi 20,000 tan metrik.

Jelasnya, simpanan kawalan masih mampu dilaksanakan menerusi pembelian daripada pembekal tanpa menyentuh stok pengimbal yang ada di Selangor.

“Bekalan tiada masalah, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab (kata) bekalan terputus. InsyaAllah, di Selangor bekalan akan cukup sampai akhir tahun dan trend pengeluaran padi yang akan dilaksanakan pada akhir September ini, kita akan mendapat bekalan baharu, khususnya dari utara Selangor.

“Bekalan beras ketika ini agak havoc dan menjadi viral sehingga menimbulkan suasana tidak sewajarnya,” katanya ketika berucap pada Program Apresiasi Jualan Ehsan Rahmah dan Pelancaran Logo Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), hari ini.

Sehubungan itu, Amirudin mengingatkan pengguna untuk tidak membuat pembelian panik dan hanya membeli beras tempatan dalam kuantiti diperlukan sahaja.

Jelasnya, pembelian panik hanya akan menyebabkan gangguan rantaian bekalan setempat dan merugikan pengguna lain di kawasan tersebut.

“Kalau ada masalah bekalan kerana ada masalah pembelian panik kerana pasar raya kebanyakannya hanya ada 1,000 kilogram (kg) beras untuk bertahan selama seminggu. Namun disebabkan tindakan itu, ia hanya boleh bertahan hanya sekitar dua ke tiga hari.

“Itu sebab berlaku kekosongan (beras di rak pasaraya). Kalau ada peniaga yang menghadapi masalah boleh menghubungi Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Selangor dan kita akan selesaikan isu dengan memberi stok kepada mereka yang menghadapi masalah bekalan,” katanya. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related