HEADLINES

Wawancara Anwar bersama CNN disiarkan 1 pagi Sabtu

Perdana Menteri akan mengulas mengenai visi pentadbirannya, selain berdepan situasi mendesak

10:37 AM MYT

 

NEW YORK – Kesederhanaan, Madani dan Sanusi: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas mengenai tiga topik ini dalam wawancara dikendalikan Christiane Amanpour dari CNN yang akan disiarkan esok pada jam 1 pagi waktu Malaysia.

Wawancara selama 30 minit dirakam pada Rabu di Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di 43rd Street di sini, akan menyaksikan Perdana Menteri berbicara mengenai cabaran dihadapi pentadbirannya selama 10 bulan, selain menjelaskan berhubung visi beliau untuk Kerajaan Madani yang merangkumi tadbir urus baik dan keadilan sosial.

Christiane Amanpour mewawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa tahun lalu tentang kes MH370. Anwar masih pemimpin pembangkang waktu itu – Tangkapan layar, 22 September, 2023

Temu bual itu turut menyaksikan Amanpour bertanya kepada Anwar mengenai keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan tindakan polis terhadap beberapa ahli politik, termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana dakwaan melanggar isu 3R (kaum, agama dan diraja).

Anwar berada di New York, dengan acara utama bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, menyaksikan beliau akan menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada 10 pagi Jumaat (10 malam waktu Malaysia).

Dalam wawancara kali ini, Perdana Menteri berbicara mengenai cabaran dihadapi pentadbirannya selama 10 bulan, selain menjelaskan berhubung visi beliau untuk Kerajaan Madani – Tangkapan layar, 22 September, 2023

Beliau juga menghadiri beberapa mesyuarat dua hala dengan pemimpin dunia lain serta komuniti perniagaan, termasuk mengadakan meja bulat bersama syarikat Fortune 500.

Selain CNN, Anwar ditemu bual Bloomberg, bagi mengulas mengenai tumpuan besar media antarabangsa terhadapnya dan jawatan Perdana Menteri yang menurut pemerhati dapat dipegang beliau selepas kira-kira 25 tahun.

CNN boleh diakses di Astro menerusi Saluran 511. – 22 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Related