KPM lancar garis panduan tangani kes buli, gangguan seksual

Fadhlina Sidek menegaskan bahawa buli, gangguan seksual dan perkauman adalah tiga 'dosa besar' di peringkat KPM dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap pelaku

5:04 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual, dalam usaha mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata kedua-dua garis panduan ini sangat penting untuk meneruskan sesi advokasi di semua peringkat bagi memastikan bahawa kesedaran, tanggungjawab dan sikap cakna tentang isu-isu berkaitan, agar ia dapat ditanggani secara bersama.

Tambahnya, jawatankuasa yang merangka kedua-dua garis panduan ini turut mengambil kira perubahan terkini termasuk mendefinisikan semula maksud buli siber serta cadangan program intervensi dalam pengurusan salah laku buli dan gangguan seksual.

“Kita berharap seluruh warga KPM memberi komitmen dalam pelaksanaan garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera. 

“Penumpuan garis pelancaran ini adalah untuk memelihara ‘human dignity’ atau maruah manusia serta mengelakkan penindasan terhadap maruah ini daripada berlaku dalam ekosistem sekolah kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik di sini, hari ini.

Fadhlina berkata program hari ini merupakan contoh intervensi KPM dalam mengekang gejala buli dalam kalangan murid sekolah dengan cara memberi bimbingan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya gejala buli terhadap mental dan fizikal, selain mendidik murid agar mempunyai jati diri untuk tidak terlibat dengan salah laku buli. 

Beliau turut menegaskan bahawa buli, gangguan seksual dan perkauman adalah tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap pelaku kesalahan ini. 

“Pada pendapat saya, keadaan buli di sekolah-sekolah dalam negara masih terkawal dan kita sudah mempunyai proses kerja yang cukup efisien untuk menangani masalah ini.

“Namun sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan proses ini, boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana tindakan yang telah kita lakukan,” katanya.

Menurut beliau pelaksanaan garis panduan merangkumi pelbagai komponen itu akan diperincikan melalui surat pekeliling yang akan dikeluarkan KPM ke semua institusi pendidikan. – 22 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related