◉ HEADLINES

Kesilapan Jalur Gemilang: pegawai sudah dikenalpasti, kata KSN

Semua yang terlibat dari dua kumpulan iaitu atas dan di bawah Gred 48 (Gred 12)

7:44 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kerajaan telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dalam kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kesemua yang terlibat itu telah pun dikenal pasti, yang mana ada dua kumpulan iaitu atas dan di bawah Gred 48 (Gred 12).

“Pegawai di bawah Gred 48 akan dikendalikan Kementerian Pendidikan dan gred atas 48 akan diambil tindakan oleh JPA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara, di sini hari ini.

Shamsul Azri berkata tindakan yang akan diambil berdasarkan peraturan di bawah Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Terdahulu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM masih dijalankan.

Beliau memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.

Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu, menunjukkan Jalur Gemilang  yang silap.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak, dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan. – 29 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related