HEADLINES

Tambah program Jualan Rahmah, Agro Madani di kawasan berdepan isu harga ayam tinggi: Armizan

Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, jika harga dilihat terlalu tinggi dan tidak munasabah, pihaknya boleh memberi nasihat dan ambil tindakan ikut kerangka perundangan

5:20 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program intervensi serta-merta di kawasan yang berdepan isu harga ayam dijual lebih tinggi melebihi harga kawalan RM9.40 sebelum ini.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan supaya program Jualan Rahmah dan Agro Madani di kawasan berdepan isu harga itu diperbanyakkan dengan segera.

Beliau berkata, intervensi itu antara tiga pendekatan serta-merta bagi menangani isu harga ayam dijual lebih tinggi termasuk di Sabah, Sarawak, Labuan dan beberapa kawasan di Semenanjung.

“Ini pendekatan yang akan dilaksana serta-merta kerana kita melihat secara keseluruhan banyak kawasan menjual ayam di bawah RM9.40. Ada kawasan tertentu (harga) tinggi khususnya di premis pasar basah.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedia untuk bantu intervensi, kawasan yang ada harga tinggi itu berdepan isu apa sebenarnya. Adakah isu bekalan? Kalau isu itu KPDN akan kerjasama dengan KPKM untuk bantu selesai masalah.

“Kalau harga terlalu tinggi kita akan micro manage, penguat kuasa akan turun bertanya dengan peniaga tersebut apa isunya, berapa kos operasi dan berapa margin keuntungannya.

“Sekiranya kita lihat terlalu tinggi dan tidak munasabah mungkin kita boleh nasihat dan ambil tindakan ikut kerangka perundangan,” katanya pada sidang media pengumuman Kad Diskaun Khas bagi pengusaha Menu Rahmah di Ali Maju Cafe, hari ini.

Beliau berkata, bagi intervensi itu juga, akses kepada rakyat disediakan di kawasan yang mempunyai isu dengan harga bekalan ayam melalui program Jualan Rahmah dan juga Agro Madani.

“Atas arahan Perdana Menteri kita akan banyakkan program Jualan Rahmah dan Agro Madani oleh KPKM.

“Sebab kita lihat kalau disebut kawasan yang terkesan dan ada isu ini di luar bandar, ada yang sebut sebab isu logistik dan sebagainya.

Harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan dalam pemeriksaan setakat 1 tengah hari semalam adalah RM11 per kilogram (kg) dan terendah RM6.49 per kg – Abdul Razak Latif/Scoop, 2 November, 2023

Tetapi pemantauan semalam, satu pasar raya di luar bandar di Mersing menawarkan ayam pada harga RM6.49 sekilo.

“Ada kawasan lokaliti tertentu pasar basahnya menjual ayam pada harga RM11 di Rompin dan di Manir. Tetapi bila kita kaji di kawasan tersebut ada premis yang boleh menjual pada harga bawah RM9.40.

“Jadi itu sebabnya kita perlu ‘micro manage’ dan kita melihat sebagaimana jaminan industri dan kajian pasaran dilaksana KPKM, sebenarnya kita mampu untuk menawarkan harga ayam pada kadar lebih rendah daripada harga kawalan RM9.40,” katanya.

Dua lagi pendekatan adalah meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan juga sekiranya perlu Akta Persaingan 2010 selain melaksana pendekatan mitigasi bersasar mengikut kawasan yang berdepan isu harga.

Harga tertinggi ayam yang dikesan setelah diapungkan dalam pemeriksaan setakat 1 tengah hari semalam adalah RM11 per kilogram (kg) dan terendah RM6.49 per kg.

Harga RM11 per kg itu dikesan dijual di Pasar Basah Rompin, Pahang dan Pasar Basah Manir, Terengganu manakala Mari-Mari Supermarket di Mersing, Johor menjual pada harga RM6.49 per kg. – 2 November, 2023

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related