â—‰ HEADLINES

PRK DUN Pelangai bermula hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian

8:37 AM MYT

 

BENTONG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bermula hari ini dengan pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini akan dibuka pada 9 pagi nanti.

Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 3 Oktober manakala 7 Oktober sebagai hari pengundian.

Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 6 Oktober depan.

Rabu lepas, Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam, 50, sebagai calon bertanding di kerusi DUN itu manakala Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong Kasim Samat, 62, bakal mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli, 36, dijangka turut bertanding pada PRK tersebut.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. 

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Nazian Zainal Abidin, keadaan cuaca di Pelangai diramal cerah pada sebelah pagi. – 23 September, 2023

Topics

 

â—‰ Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

â—‰ Related