◉ HEADLINES

Abang tiri ditahan bantu siasatan kanak-kanak perempuan lemas ketika mandi kolam

Sebelum ini kes kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang lemas ketika mandi di kolam renang, di sebuah apartment di Bangi, Selangor pada 13 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 26 tahun yang merupakan abang tiri kepada kanak-kanak itu ditahan di rumahnya di sekitar ibu negara, malam tadi susulan hasil pemeriksaan lanjut terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Rakaman CCTV itu hanya dapat diakses Sabtu lepas kerana sebelum ini terdapat masalah teknikal, dan hasil penelitian rakaman itu, kelibat suspek dilihat berada di tepi kolam sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat mangsa yang sedang lemas dalam kolam tanpa melakukan usaha menyelamatkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 30 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya sebelum ini kes kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mohd Zaid berkata dalam kejadian pada petang 13 Sept lepas, polis menerima maklumat bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah dibawa ke Hospital Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri, dilaporkan lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah apartmen di Bangi.

Kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia pada pukul 1.11 tengah hari keesokannya dan susulan kematiannya, seorang pegawai perubatan di hospital berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada hari sama.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya. – 25 September, 2023

TAG: polis, tahan, abang tiri, kanak-kanak, lemas

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

More missing hikers on M’sia’s trails: mountaineering legend calls for stricter guidelines

Everest pioneer Datuk Magendran M. Munisamy suggests a collaboration with the Malaysian Mountaineering & Sport Climbing Federation to improve trail preparedness

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

◉ Related