HEADLINES

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib

Polis mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram semalam memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul seorang penjawat awam

8:05 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata pihaknya mengesan video itu yang dimuat naik di Instagram pada semalam yang memaparkan seorang wanita dikatakan dipukul oleh seorang penjawat awam namun lokasi, tarikh dan tempat kejadian tidak diketahui.

”Hasil semakan polis mendapati penjawat awam itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Selangor dan sedang menjalani cuti sakit disebabkan lumpuh separuh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata hasil semakan juga mendapati kejadian di dalam video itu adalah video lama yang telah ditularkan semula. 

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor telah membuka kertas siasatan dan masih menjalankan siasatan memandangkan tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya.

Sasikala berkata pihak polis ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya melibatkan PDRM Selangor serta akan mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related