◉ HEADLINES

Lima lagi Ahli Parlimen Bersatu akan sokong Anwar?: Dakwaan yang tidak sempat dibahaskan oleh Wan Saiful di Dewan Rakyat

Ketika dihubungi Scoop, Wan Saiful mengesahkan kesahihan teks ucapannya

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lima lagi Ahli Parlimen Bersatu dikatakan akan mengisytihar sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kononnya mereka sudah dibeli dengan rasuah, dakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ia berdasarkan kepada salinan teks ucapan oleh Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu semasa perbahasan Titah Diraja, yang mana ia tidak dapat dibahaskan oleh beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berikutan keadaan ‘panas’ dengan Ahli Parlimen kerajaan.

Berdasarkan kepada teks yang dilihat Scoop, Wan Saiful berhasrat untuk menyatakan bahawa lima Ahli Parlimen Bersatu – iaitu salah seorang daripada kawasan Parlimen di Selangor, masing-masing dua di Perak serta Kedah – kononnya akan menyokong kerajaan perpaduan selepas menerima habuan daripada individu tertentu.

Dalam menjelaskan mengenai bagaimana individu-individu yang tidak dikenali telah mendekati beliau dengan habuan sebagai pertukaran untuk sokongan terhadap kerajaan, teks ucapan Wan Saiful menamakan lima kawasan Parlimen di mana Ahli Parlimennya menerima tawaran tersebut.

Scoop tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang disebut itu disebabkan ia adalah isu sensitif.

Di Parlimen, ketika bercakap mengenai perkara itu, Wan Saiful berkata, “Ada khabar angin mengatakan bahawa beberapa rakan saya (rakan-rakan Ahli Parlimen Bersatu) akan mengikut (Ahli Parlimen pembangkang yang telah menyokong kerajaan).’’

Selain itu, dokumen itu turut memperincikan bagaimana individu yang didakwa menawarkan habuan mendakwa Speaker Dewan Rakyat mengusahakan supaya satu Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) ditandatangani.

Ketika dihubungi Scoop, Wan Saiful mengesahkan kesahihan teks ucapannya.

Ketika ini, enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Anwar, dengan yang terbaharu adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, yang mengumumkan sokongan kepada kerajaan pada 24 Januari. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related