HEADLINES

Warga emas jadikan rumah tempat ‘timbunan’ sampah, abai keselesaan jiran

Sikap wanita berusia 60-an itu menyebabkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa menghantar tiga lori berkapasiti lapan tan ke rumahnya

10:24 PM MYT

 

IPOH – Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga emas mengabaikan keselesaan jirannya, apabila rumahnya menjadi ‘gudang’ pengumpulan sampah untuk dikitar semula sehingga gagal diurus dengan baik sejak tiga tahun lepas.

Sikap wanita berusia 60-an itu menyebabkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa menghantar tiga lori berkapasiti lapan tan ke rumahnya di Jalan Merpati, Taman Ipoh, pagi tadi untuk mengutip dan membuang ‘timbunan’ sampah yang dianggarkan seberat tiga tan.

MBI dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan hari ini merupakan kali ketiga pihak berkuasa tempatan itu menjalankan operasi pembersihan di lokasi sama selepas wanita berkenaan gagal menghentikan perbuatannya meskipun telah berkali-kali diberi nasihat.

Menurut MBI, wanita itu dan suaminya pernah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menjalani kaunseling, namun ‘kegiatan’ warga emas itu tetap berulang.

“MBI menerima aduan kacau ganggu di premis ini sejak 2020, aktiviti menyimpan sampah di kediamannya adalah bagi mengitar semula sehingga menyebabkan kacau ganggu.

“Tindakan mengumpul barang kitar semula dan disimpan di rumah kediaman dalam keadaan tidak terurus itu boleh menyebabkan kacau ganggu bau, menjadi tempat hurungan tikus dan haiwan berbisa serta tempat pembiakan nyamuk,” menurut kenyataan itu.

MBI turut memaklumkan aktiviti berkenaan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk sekitar disamping mencacatkan nilai estetik kawasan tersebut.

“Semakan mendapati sebanyak tujuh aduan diterima MBI sejak 2020 dan pemilik rumah (wanita) telah didenda RM500 di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 2021. Kes ini telah dirujuk untuk tindakan mahkamah kerana kesalahan berulang,” menurut MBI. – 25 September, 2023

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related