Terima kasih Kogi! Nilai duit tak penting tapi kejujuran itu amat berharga

Seorang pemuda memuji kejujuran staf restoran makanan segera menyimpan dompet isterinya yang tercicir ketika menikmati hidangan di premis tersebut

10:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meremang saya baca. Kejujuran nilainya terlalu tinggi. Demikian komen netizen mengenai kejujuran seorang pekerja wanita di sebuah restoran makanan segera yang menyimpan dompet pelanggan dijumpainya di premis itu.

Menerusi perkongsian Mester BlackWater di Facebook, dia memaklumkan isterinya tercicir dompet ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Genting Highlands pada 24 September lalu.

Menurutnya, lokasi sebenar dompet itu tercicir tidak diketahui, tetapi dia memaklumkan mereka sekeluarga ada menjamu selera di sebuah restoran makanan segera sebelum pulang ke Raub, Pahang.

“Biasalah menguruskan anak-anak kecil ini, kadang-kadang kita jadi kelam-kabut sikit. Seorang minta suap, seorang nak basuh tanganlah, lepas itu nak pergi tandaslah, macam-macam hal.

“Dalam kelam-kabut itu, tak sedar isteri saya tercicir purse (dompet) duitnya. Kami hanya sedar bila dah dalam perjalanan balik ke Raub. Tapi masih tak tahu di mana cicirnya purse itu. Saya dah reda dah, mungkin tiada rezeki,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu berkata, isterinya cuba menghubungi restoran MarryBrown Skyavenue Genting Highlands sebelum dimaklumkan seorang kakitangan wanita dikenali sebagai Kogi, bahawa dompet tersebut ada dalam simpannya.

“Isteri bertanya ada tak terjumpa purse duit dengan memberikan ciri-ciri purse tersebut dan jumlah wang di dalamnya.

“Menakjubkan. Staf tersebut beritahu memang ada stafnya terjumpa purse isteri saya di bawah meja tapi tak ada pengenalan diri (ID) pemilik.

“Dalam purse itu memang tak ada ID isteri, dalam itu semata-mata ada duit untuk beli barang dapur bulanan sahaja,” katanya.

Jelas Mester BlackWater lagi, isterinya amat kagum dengan kejujuran semua staf di restoran terbabit.

Malah, dia terharu apabila Kogi menawarkan diri untuk membuat pindahan wang kepada isterinya kerana cara itu lebih selamat berbanding menghantar dompet berkenaan menerusi kiriman pos.

“Kogi beritahu memang selama ini ada pelanggan tertinggal barang dan polisi mereka memang akan menyimpan barangan tersebut.

“Kogi juga menawarkan untuk mengepos purse tersebut. Tapi memandangkan risau risiko hilang jika diposkan, dia mencadangkan untuk bank in sahaja duit tersebut.

“Tak lama kemudian Kogi menghantar gambar bukti slip bank in duit tersebut. Wow sangat efisien,” katanya.

Pada masa sama, lelaki itu memberitahu isterinya mahu memberikan sagu hati kepada Kogi di atas kejujurannya itu, tetapi ditolak.

“Kami sangat kagum dengan Kogi dan kakitangan Marrybrown Sky Avenue yang lain. Mereka menunjukan satu sikap sangat mulia, iaitu kejujuran dan baik hati dengan sanggup bersusah payah beratur untuk mengirim kembali duit tak seberapa itu.

“Bukanlah amaun duit itu paling bernilai, tapi sikap jujur dan ikhlas, menghormati pelanggan itulah yang sangat berharga. Nilai kejujuran dan baik hati mereka itu yang sangat mengagumkan kami,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Marrybrown ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengambil maklum insiden yang tular terbabit dan sangat berbangga dengan intergriti tinggi ditunjukkan staf berkenaan.

Selain memuji kejujuran Kogi, sumber itu yang enggan namanya didedahkan memaklumkan, syarikat tersebut sentiasa menekankan integriti tinggi dalam prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan mereka.

“Kami sangat berbangga dengan Kogi yang amanah dan berintegriti tinggi dalam menjalankan tugas.

“Ia juga antara polisi syarikat yang amat mementingkan pelanggan, termasuk aspek keselamatan serta keselesaan ketika menjamu selera di premis kami.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan insiden itu, secara tidak langsung memberi publisiti baik kepada kami,” katanya.

Susulan insiden itu, terdapat beberapa netizen berkongsi pengalaman manis mereka sewaktu menjamu selera di premis tersebut.

Seorang wanita mendedahkan, dia pernah tertinggal anaknya selepas menikmati makan tengah hari di restoran itu, kira-kira sembilan tahun lalu.

“Nak berkongsi jugalah, pun mengenai Marrybrown. Rasanya sembilan tahun lalu. Kejadian di Marrybrown Sungai Petani. Lunch di situ beramai-ramai dengan adik-beradik dan anak saudara. Lebih 10 orang masa itu. Lepas makan, budak-budak ini macam biasa, main sekejap di playground (taman permainan) Marrybrown tu.

“Masa nak balik, tertinggal anak sulung, sebab masing-masing ingatkan orang lain dah tolong pegangkan. Patah balik ke Marrybrown.

“Dari jauh dah dengar jeritan si anak. Staf tolong jaga dan halang dia tak bagi pergi mana-mana. Terima kasih sangat-sangat, love Marrybrown,” kata Sakinah Yusop. – 3 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related