HEADLINES

Peguam dedah pelajar universiti terkenal palsukan surat guamannya untuk ‘gertak’ rakan

Pemalsu surat tersebut, yang tidak didedahkan identitinya, merupakan salah seorang penuntut universiti terkenal di ibu kota dan mengambil jurusan Sains

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang peguam popular yang sering menulis mengenai isu perundangan di media sosial, Nor Zabetha Muhammad Nor mendedahkan ada individu menyamar sebagai anak guamnya untuk menghantar surat tuntutan notis permohonan maaf palsu kepada seorang pelajar.

Zabetha ketika dihubungi Scoop berkata, pemalsu surat tersebut, yang tidak didedahkan identitinya, merupakan salah seorang penuntut universiti terkenal di ibu kota dan mengambil jurusan Sains.

Tambah Zabetha, firma guamannya tidak pernah mewakili individu tersebut dan pemalsuan itu dilakukan tanpa memikir kesan jangan panjang, semata-mata untuk kepentingan sendiri.

Justeru, Zabetha mengambil tindakan menghantar surat tuntutan dengan menyenaraikan tiga perkara iaitu meminta hantaran berkaitan surat itu diturunkan, membuat permohonan maaf secara tertutup dan menyerahkan dokumen AkuJanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan berkenaan.

Menurut Zabetha, dia mengambil pendekatan untuk menuntut permohonan maaf dilakukan secara tertutup kerana enggan memalukan dan mendedahkan identiti individu berusia 26 tahun itu di khalayak ramai.

“Dia sudah bersetuju untuk buat permohonan maaf tetapi saya sendiri minta untuk dibuat secara tertutup, tidak perlu secara terbuka kerana saya tidak mahu memalukan dia di depan orang ramai.

“Saya harap perkara seperti pemalsuan dokumen dan penyamaran identiti ini perlu dihentikan, mengambil contoh remaja yang menyamar sebagai doktor tempoh hari.

“Hal ini suatu jenayah, tak berbaloi menyamar untuk kepentingan sendiri sehingga akhirnya menyebabkan nama kita ada rekod jenayah,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Zabetha sebelum ini meluahkan kekecewaannya berhubung tindakan individu terbabit yang memalsukan surat dengan menggunakan kepala surat firma guamannya bertujuan untuk ‘mengertak’ seorang individu dikenali sebagai Kamalia bagi membuat permohonan maaf.

“Saya dihubungi oleh gadis (Kamalia) yang terima surat ini. Dia mesej saya melalui TikTok untuk sahkan sama ada kami yang keluarkan surat tuntutan ini.

“Surat ini surat palsu, kepala surat palsu, perkataan surat palsu. Entah dari mana tukang palsukan dapat idea.

“Surat ini memang ‘level’ lain. Dia punya penipuan, peniruan dan pemalsuan itu sejenis yang berani dan tak fikir panjang,” katanya.

Jelasnya, tidak cukup dengan memalsukan surat, individu terbabit yang menuntut di sebuah universiti bersama pengadu turut menghebahkan surat itu menerusi Whatsapp Story.

“Ditulis pula kapsyen, ‘Saya rasa saya dah cukup baik dengan tidak meminta apa-apa ganti rugi.’ Sempat dia puji diri dalam melakukan perbuatan jenayah pemalsuan,’’ katanya. – 25 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related