HEADLINES

Akta Insovensi (pindaan) 2023 berkuatkuasa mulai esok: Azalina

10:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR —  Akta Insolvensi (pindaan) 2023 akan dikuatkuasakan mulai esok dalam usaha memperkasakan pentadbiran kebankrapan selain memberi peluang kedua kepada mereka yang bankrap meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, pindaan utama akta berkenaan adalah berhubung penambahbaikan peruntukan pelepasan bankrap.

“Seksyen 33C Akta 360 dipinda bagi membantu pelepasan bankrap secara automatik dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun dari tarikh bankrap menyerahkan pernyataan hal ehwalnya.

“Subseksyen 33B(2A) Akta 360 berkenaan dengan kategori bankrap yang boleh dilepaskan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi tanpa melalui prosedur bantahan pemiutang turut dipinda untuk menambah dua kategori baharu,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memaklumkan, kategori-kategori tersebut adalah bankrap yang tidak boleh mengurus diri dan hal ehwalnya disebabkan oleh sakit mental mengikut takrifan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615].

Satu lagi kategori, tambah beliau adalah bankrap yang berusia 70 tahun dan ke atas, yang pada pendapat dan budi bicara Ketua Pengarah Insolvensi tidak berupaya untuk menyumbang kepada pentadbiran kebankrapan.

Azalina juga memaklumkan, selaras dengan objektif Dasar Peluang Kedua, pindaan kepada seksyen 33C dan subseksyen 33B(2A) Akta 360 dikuatkuasakan secara retrospektif kepada kes kebankrapan yang ditadbir sebelum permulaan kuat kuasa Akta A1695.

Dasar ini, katanya, menyasarkan pelepasan sehingga 130,000 orang bankrap, sehingga tempoh masa satu tahun selepas Akta A1695 berkuat kuasa.

“Jumlah tersebut merupakan separuh daripada jumlah kes yang sedang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia,’’ katanya.

Bagi memelihara kebajikan bankrap, Akta A1695 turut membuat semakan had nilai harta bankrap   yang boleh dikecualikan daripada dibahagikan dalam kalangan pemiutang serta had nilai bagi maksud kelayakan kes untuk ditadbir secara pentadbiran ringkas. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related