HEADLINES

‘Betulkan akidah’ : Mimbar ingatkan pengikut GISB

Kes GISB mencerminkan bagaimana sebuah organisasi yang pernah diharamkan kerana ajaran sesat boleh meneruskan pengaruh dalam masyarakat menerusi perniagaan dan aktiviti sosial

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes melibatkan Global Ikhwan Services & Holdings (GISB) mencerminkan bagaimana sebuah organisasi yang pernah diharamkan kerana ajaran sesat boleh meneruskan pengaruh dalam masyarakat menerusi perniagaan dan aktiviti sosial.

Menurut Mimbar, walaupun ia tidak lagi secara terang-terangan menyebarkan ajaran sama, namun pengaruh dan nilai yang diasaskan oleh Al-Arqam masih dilihat dalam operasi dan struktur organisasi ini.

“Persoalannya GISBH ini adakah sama dengan Al-Arqam dahulu yang telah diharamkan segala fahaman dan ajarannya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor?

“Adakah Buku Aurad Muhammadiah yang diharamkan sebelum ini masih diamalkan oleh pengikut GISBH?.

“Jawapannya adalah sama jika fahaman dan ajarannya masih sama antara Al-Arqam dan GISBH yang diamalkan oleh ahli-ahli GISBH sekarang.

“Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah berhati-hati dan dilarang berpegang serta beramal dengan fahaman dan ajaran GISBH ini,’’ demikian kandungan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bertajuk ‘Betulkan akidah pengikut GISBH’, hari ini.

Mimbar turut mengingatkan umat Islam menjauhi GISB kerana fahaman dan ajaran mereka telah menyimpang daripada akidah Islam yang sebenarnya malah mengelirukan umat Islam.

Ia termasuk dalam bentuk pemujaan berlebihan terhadap pemimpin, menyimpang dalam amalan poligami dengan wujud unsur-unsur syirik dari ajaran asas Al-Arqam, kepercayaan kepada kebangkitan semula pemimpin yang meninggal dunia dan percaya kebangkitan Iman Mahdi, yang dikaitkan Al-Arqam.

“Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri telah berkenan fatwa mengharamkan fahaman dan ajaran pertubuhan al-Arqam sebelum ini.

“Pengharaman segala fahaman dan ajarannya telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melalui fatwa yang diwartakan pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan 21 Disember 2006 dan yang terkini fatwa yang telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 3 Oktober 2024 yang sedang dalam proses pewartaan,’’ kata Mimbar.

Menurut mimbar, apabila fatwa ini diwartakan maka ia mengikat dan menjadi kewajipan setiap umat Islam di Selangor untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa ini.

Mana-mana fatwa yang diingkari atau dihina, kata mimbar boleh diambil tindakan undang-undang.

“Beginilah caranya Islam kekal terpelihara dan terkawal dalam negeri ini serta dapat membendung
ajaran sesat yang bermaharajalela,” katanya. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Ipoh Velodrome RM10m upgrade to ease Nilai crunch, boost Northern cycling hub

A RM10 million overhaul of Velodrom Rakyat, including a roofed structure and new track, aims to relieve congestion at Nilai while positioning Ipoh as Malaysia’s new northern powerhouse for track cycling

Related