HEADLINES

Selangor setuju nyah rahsia laporan insiden tanah runtuh Batang Kali

Persetujuan tersebut, hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dan dokumen itu akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), untuk tindakan selanjutnya

7:02 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata persetujuan tersebut, merupakan hasil daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dan dokumen tersebut akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), untuk tindakan selanjutnya.

“Kita akan kembalikan laporan itu kepada NADMA untuk mereka memaparkan di laman web atau diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

“(Berhubung saranan atau tindakan lanjut) itu akan dibuat pihak berkuasa, sebab laporan itu sangat teknikal dan itu dipaparkan di laman web NADMA untuk perhatian semua pihak, dan mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Namun, yang jelas ialah ia merupakan laporan teknikal menjelaskan bagaimana berlakunya peristiwa itu,” katanya. 

Amirudin berkata nama pemilik tapak perkemahan juga terdapat pada laporan tersebut, dengan beberapa kawasan terjejas ialah milik perhutanan dan rizab jalan.

Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related