Kerajaan teliti kewajaran tindakan Indonesia haramkan penjualan barang di TikTok: Fahmi

Fahmi berkata, pihak TikTok juga harus memberi penjelasan terhadap kebimbangan ramai berhubung isu perlindungan data peribadi apabila mereka berbelanja di plaftorm tersebut

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk yang dijual menerusi platfom itu.

“Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.

“Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, di sini hari ini.

Selain itu, Fahmi berkata, pihak TikTok juga harus memberi penjelasan terhadap kebimbangan ramai berhubung isu perlindungan data peribadi apabila mereka berbelanja di plaftorm tersebut.

 “Saya  rasa semua media sosial akan meneliti perilaku pengguna, bermula daripada apa yang kita ‘like’, apa yang kita kongsi, apa yang beli dan apa kita tonton.

“Jadi ada beberapa isu di situ yang saya lihat wajar untuk pihak KKD dan MCMC teliti, terutama aspek-aspek kepenggunaan atau perlindungan data peribadi. Oleh itu, dalam masa terdekat saya akan panggil pihak TikTok untuk berbincang,” katanya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. 

Fahmi berkata, perbincangan itu penting kerana pihaknya juga menerima aduan daripada organisasi media berhubung penggunaan media sosial yang menjejaskan operasi imereka. 

“Banyak syarikat berbelanja untuk iklan bukan lagi melalui media tetapi menggunakan plaftorm media sosial ini, maka ia memberi kesan kepada media dan saya sangat prihatin isu ini.

“Lagi pun, saya lihat sejak mereka (TikTok) tiada lagi beberapa wakil di Malaysia, kerjasama mereka dengan pihak kerajaan sangat lembap dan saya sangat tidak berpuas hati.

“Contohnya dalam isu dakwaan vaksin bagi virus X telah tular sehingga mencecah 1.5 juta view baru-baru ini, saya terpaksa panggil (telefon) orang TikTok sendiri untuk tanya kerana Kementerian Kesihatan sudah keluarkan penafian, tapi pihak TikTok langsung tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Isnin lepas, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan mengumumkan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok yang memberi pendapatan tinggi peniaga dalam talian.

Langkah tersebut yang berkuat kuasa serta-merta dilaporkan diambil bertujuan melindungi peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga ditawarkan terlalu murah hingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.

Selain itu, ia untuk menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat lagi bermanfaat. – 7 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

UiTM student body launches ‘wear black’ protest against calls to admit non-Bumiputera 

This after doctors’ body MMA’s appeal to allow non-Malays into cardiothoracic surgery programme

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related