HEADLINES

Kadar pengangguran negara terus menurun: Sivakumar

Data Portal MYFutureJobs menunjukkan sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023

3:32 PM MYT

 

ALOR GAJAH – Kadar pengangguran negara terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatat 3.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 3.6 peratus pada suku tahun keempat 2022, kata Menteri Sumber Manusia (KSM) V. Sivakumar.

Katanya ia berikutan berlakunya perubahan dalam trend pencarian kerja yang ketara terutama melibatkan golongan muda sejak kebelakangan ini dan dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan pencari kerja berumur 40 tahun ke atas.

“Memang ada trend perubahan dalam pencarian terutama selepas COVID-19 kerana ramai yang dihentikan kerja dan selepas itu, mereka mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran mereka. Jadi ada perubahan trend di situ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia di Pulau Sebang di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, data daripada Portal MYFutureJobs menunjukkan sebanyak 455,350 pencari kerja di seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor dari tempoh 2022 hingga September 2023.

“Ini adalah petunjuk yang baik bahawa lebih ramai orang mula bekerja dan kadar pengangguran semakin berkurangan dan dalam masa yang sama, mereka mendapat upah atau gaji yang setimpal,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata KSM dengan agensi lain termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melakukan lebih banyak usaha untuk memastikan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda dikurangkan.

Katanya program yang dirangka bukan saja untuk mengurangkan kadar pengangguran malahan memastikan belia negara mempunyai latihan dan kemahiran mencukupi agar mereka bersedia memasuki pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif. 

“Kita juga sentiasa melihat perkembangan dan trend di seluruh dunia untuk mengenal pasti potensi pekerjaan pada masa hadapan yang kini amat jelas menunjukkan permintaan tinggi dalam bidang tertentu seperti keselamatan siber dan pendigitalan,” katanya. 

Dalam masa yang sama, katanya KSM juga sedang melipatgandakan usaha menggalakkan majikan dalam pelbagai sektor supaya mengambil 100 pekerja tempatan agar mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related