HEADLINES

Kerajaan hormati mesej tegas, jelas rakyat Sabah: PM

Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti dijunjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi

1:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menghormati sepenuhnya mesej tegas dan jelas yang dilontarkan pengundi di Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, pengundi menuntut perubahan yang nyata setelah sekian lama dihadapkan dengan ketidakadilan dan pengabaian oleh hampir semua parti samada dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri.

“Alhamdulillah, dalam tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai setiap isu yang diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah.

“Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu pembentukan Kerajaan Negeri,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan Madani akan terus konsisten di jalur pembaharuan ini sebagai usaha dan upaya melahirkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan.

Suara rakyat Sabah, katanya, adalah amanah yang mesti dijunjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi.

Hajiji, dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu pada 3.05 pagi tadi, sekali gus menandakan permulaan penggal baharu beliau dalam memimpin negeri itu.

Pelantikan Hajiji, yang merupakan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekali gus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai gabungan terbesar pada pilihan raya kali ini dengan memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Sabah ialah memperoleh 37 daripada 73 kerusi DUN.

GRS bertanding sebanyak 55 kerusi DUN termasuk Hajiji yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman buat kali kesembilan, dengan majoriti 8,919 undi pada pilihan raya kali ini. – 30 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related