◉ HEADLINES

Tiada larangan bersilat, buat persembahan ‘martial art’ di dalam masjid tetapi…

Mufti Pulau Pinang berkata, Nabi Muhammad SAW pernah menyaksikan pertunjukan tarian pedang di Masjid Nabi menerusi jendela rumahnya

5:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada larangan bersilat atau membuat persembahan ‘martial art’ (seni mempertahankan diri) di dalam masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sejak zaman Nabi Muhammad SAW, selain solat dan beriktikaf, masjid turut digunakan sebagai ruang untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti progam ilmu.

“Kita membaca di dalam kitab sirah diceritakan pada zaman Rasulullah SAW, pernah satu rombongan dari negara Habasyah membuat pertunjukan tarian pedang (tarian kepahlawanan seakan-akan silat) di dalam Masjid Nabi.

“Pada ketika itu, Sayyidatina Aisyah (isteri) menyaksikan pertunjukan itu bersama Rasulullah menerusi jendela rumahnya. Jadi tiada masalah melakukan aktiviti tersebut (bersilat),” katanya kepada Scoop.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video seorang lelaki bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah yang tular di platform X sejak semalam.

Video berdurasi 26 saat itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen kerana dikatakan tidak menghormati kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Salim berkata, bagaimanapun individu terbabit mungkin perlu memohon kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi terlebih dahulu untuk mengelak sebarang salah faham.

Malah katanya, jika individu tersebut cuba melakukan persembahan itu dengan niat tidak betul, maka ia dilarang.

“Apa tujuan pertunjukan silat itu diadakan? Jika bimbang disalahfahami oleh mana-mana pihak, maka tak payahlah dibuat. Pokoknya pertimbangkan dahulu kesannya nanti.

“Jika ia akan merosakkan nama baik Malaysia di mata umat Islam dari negara lain atau menyebabkan kemarahan pihak pengurusan Masjid Nabawi, maka tidaklah bijaksana pertunjukan itu diadakan,” katanya.

Rata-rata mengecam individu dalam video yang tular itu kerana tindakan tersebut dikhuatiri akan memberi kesan kepada jemaah lain pada masa akan datang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada individu dalam video itu rakyat Malaysia atau dari negara jiran.

“Demi sebuah content (kandungan). Nawaitu kena betul. Dari segi syariat memang tak salah. Dari segi adab, nampak ke laut. Hormati tempat orang yang dikhaskan untuk beribadat. Jangan disebabkan kelakuan kita akan mengundang masalah kepada tetamu Allah lain,” kata Khairul.

“Masjid memang wajar diimarahkan dengan macam-macam aktiviti. Cuma pada pendapat saya, berfikir-fikir juga. Kalau kita wajar guna pakai peribahasa ‘masuk kandang kambing mengembek. Tu tempat orang, Masjid Nabawi bukan masjid kariah kita. Hormati tempat orang. Jangan sampai benda betul boleh undang salah faham dan jadi fitnah pada bangsa,” kata Ummi Yahaya.

“Orang masuk rumah kita bersilat di ruang tamu, kita mesti cakap, gila apa budak ni,” kata Suhelmi. – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related