◉ HEADLINES

Amizar turun padang mulakan tugas di Pelangai

Menurut beliau, kemudahan stesen minyak dan menambah baik jaringan komunikasi serta infrastruktur jalan antara keutamaannya bagi penduduk di situ

12:59 PM MYT

 

BENTONG – Setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam, Datuk Amizar Abu Adam hari ini terus turun padang bagi menawarkan khidmat kepada rakyat.

Amizar yang ditemui selepas menyantuni masyarakat di Felda Chemomoi di sini berkata, beliau bertemu masyarakat untuk mendengar nasihat, pemintaan serta keluhan mereka untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baharu.

“Saya akan teruskan sesi pertemuan dan menyantuni masyarakat di DUN Pelangai, ia kini menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada PRK DUN Pelangai semalam, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi setelah memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Dalam pada itu, Amizar berkata, kemudahan stesen minyak dan menambah baik jaringan komunikasi serta infrastruktur jalan antara keutamaannya bagi penduduk Pelangai.

“Saya juga hendak gerakkan kerja menaik taraf kompleks pasar dan penyelenggaraan padang di Felda Chemomoi, tempat asal saya,” katanya. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Harimau Malaya plummets 14 spots after AFC and FIFA sanctions wipe out key wins

Forfeited matches over ineligible players strip Malaysia of ranking points, deepening impact on global standing

◉ Related