◉ HEADLINES

PLKN 3.0: Malaysia tidak akan ikut acuan Korea Selatan, Singapura

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan melaksana Program Latihan Khidmat Negara 3.0 mengikut acuan baharu berbanding sebelum ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, PLKN 3.0 juga tidak akan berbelanja besar seperti dua fasa terdahulu sebaliknya akan memanfaatkan segala aset tenaga kerja serta kem-kem wataniah yang ada di seluruh negara.

“Kali ini kita tidak berbelanja banyak tetapi lebih memberikan pulangan yang baik kepada modal insan yang akan sertai PLKN. Kita ada 13 kem wataniah yang boleh digunakan untuk latih 20,000 peserta dalam tempoh masa satu tahun.

“Tenaga pelatih pun dah ada iaitu tentera sendiri dan kosnya (sudah tentu) amat murah. Untuk satu tahun boleh latih 20,000 orang tenaga pelatih pun dah ada, tentera kosnya amat murah. Kali ini kita tidak akan berbelanja lebih RM100 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamad turut memberitahu jawatankuasa berhubung perancangan PLKN 3.0 sudah pun diwujudkan dan dikendalikan Kementerian Pertahanan bagi menentukan cara terbaik pelaksanaannya namun ia tidak akan mengikut acuan seperti latihan tentera di Korea Selatan dan Singapura.

“Kali ini kalau ia dilaksanakan, kita akan ikut template baharu, bukan ikut template lama dan kita tidak akan ikut Korea (Selatan) atau Singapura (modul latihan tentera).  Mereka bukan khidmat negara, mereka kerahan tenaga.

“Kita akan bentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (berhubung cara-cara modul PLKN 3.0),” katanya. –  9 Oktober,2023

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related