◉ HEADLINES

Kenaikan beras putih import tiada kaitan monopoli Bernas: Mat Sabu

Beliau turut memaklumkan kerajaan masih belum bercadang untuk menghapuskan monopoli syarikat itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjelaskan kenaikan harga beras putih import (BPI) ketika ini tiada kaitan dengan monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kenaikan itu adalah disebabkan oleh harga pasaran antarabangsa bagi BPI meningkat sebanyak 60 peratus pada akhir Ogos 2022.

Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

“Sebagai contoh India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu dan memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan Dolar Amerika (AS),” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew adakah kenaikan harga beras import negara ada berkaitan dengan monopoli Bernas dan disebabkan kekurangan persaingan.

Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kenaikan harga beras bukan sahaja berlaku di negara ini, tetapi turut dirasai secara global.

KPKM yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang – Gambar Scoop, 11 Oktober, 2023

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan masih belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Bernas.

Katanya, KPKM yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.

“Dasar ini, merupakan mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

“Ini adalah kerana dasar pengimport utama merupakan mekanisme “gatekeeping” yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar itu wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan golongan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian. – 11 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

World’s Best Cities 2026 Report: Kuala Lumpur ranks 50th

The capital city shines for, among others, labour force participation, emergence of landmarks, and expansion of business hubs

◉ Related