HEADLINES

Bajet 2024: Bayaran pertama STR naik RM500 tahun depan, dapat sebelum Ramadan

Bayaran STR yang akan memanfaatkan 9 juta penerima itu akan disalurkan sebelum Ramadan

6:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bayaran pertama Sumbangan Tunai Rakyat (STR) bagi tahun depan dinaikkan kepada RM500 berbanding RM300 sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bayaran STR yang akan memanfaatkan 9 juta penerima itu akan disalurkan sebelum Ramadan.

“STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Insya-Allah, bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari 2024,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Parlimen hari ini.

Beliau turut memaklumkan peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

“Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500 ringgit,” katanya.

Selain itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenal tahun ini akan memperluas penerima manfaat kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

“Tahun ini, kita telah perkenalkan SARA dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200,000 ribu penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

Related