HEADLINES

Pejabat Premier: Tiada mesyuarat khas DUN untuk bincang pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak baharu

Perkara ini dijelaskan oleh pejabat Premier Sarawak hari ini

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiada mesyuarat khas diadakan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak bagi membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri (TYT) yang baharu.

Perkara ini dijelaskan oleh pejabat Premier Sarawak hari ini.

“Ia telah mendapat perhatian Pejabat ini mengenai laporan media berhubung mesyuarat khas DUN untuk membincangkan mengenai pelantikan seorang Gabenor Negeri

“Sehubungan itu, Pejabat ini ingin mejelaskan bahawa tidak ada mesyuarat khas bagi tujuan sedemikian,’’ demikian menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan oleh media yang memetik sumber rapat kepada Astana Negeri Sarawak yang menyatakan bahawa mesyuarat khas DUN telah diadakan semalam, dipercayai bagi membincangkan mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri yang baharu atau dikenali sebagai Gabenor di Sarawak.

Sumber itu turut menyebut bahawa Astana mengambil maklum mengenai berita berhubung Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang disebut-sebut akan dilantik sebagai ketua Gabenor yang baharu.

Menurut laporan berkenaan, majlis angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri dijadualkan pada 29 Januari ini tetapi tidak dapat disahkan sama ada ia untuk pelantikan Gabenor baharu atau pelantikan pemangku.

Wan Junaidi dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Negara pada 19 Januari lalu, sebagai persediaan untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau dikatakan akan menyambung tugas yang ketika ini disandangkan oleh Tun Abdul Taib Mahmud.
Setakat ini, Wan Junaidi, 78, masih belum mengulas mengenai perletakan jawatannya.

Taib, 88, yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 32 tahun sejak 1981, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri pada 1 Mac 2014, menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. – 21 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related