HEADLINES

Bajet 2024: RM20 juta bina Fakulti Kecerdasan AI di UTM

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan bidang tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.

“Inovasi dan bakat digital perlu diperkasakan khususnya dalam bidang AI bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk manfaat untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti di seluruh negara.

Menurutnya, kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

“Bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan mendaya upaya usahawan setempat, kerajaan turut menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti Madani dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU,” katanya. – 13 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related