Mufti Sabah mohon peruntukan lebih, faktor geografi sukarkan penyelenggaraan pusat Islam

Kos penyelenggaraan pusat institusi Islam di Sabah agak tinggi disebabkan kebanyakannya terletak di atas gunung

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sabah menyambut baik peruntukan sebanyak RM1.9 bilion yang diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam namun memohon supaya peruntukan yang lebih diberikan kepada negeri berkenaan.

Ini kerana Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, jika peruntukan sebanyak RM11 juta atau RM12 juta setahun diberikan kepada negeri itu, ia tidak akan mencukupi untuk penyelenggaraan.

Apatah lagi, kata beliau, kos penyelenggaraan pusat institusi Islam di Sabah agak tinggi disebabkan kebanyakannya terletak di atas gunung.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar menjelaskan, kos penyelenggaraan pusat institusi Islam di Sabah agak tinggi disebabkan kebanyakannya terletak di atas gunung. – Gambar Facebook, 14 Oktober, 2023

“Peruntukan tersebut amat disambut baik namun secara menyeluruh tidak berapa mencukupi lebih-lebih lagi untuk negeri Sabah.

“Seperti kita tahu, kos penyelenggaraan di Sabah agak tinggi disebabkan faktor-faktor kedudukan geografi di mana kebanyakan sekolah terletak di atas gunung.

“Contohnya seperti di Kundasang, di mana kawasan itu memerlukan kos yang lebih tinggi disebabkan faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. Jadi kalau boleh, saya berharap kerajaan dapat mengkaji untuk menambah semula peruntukan pada penggal kedua tahun hadapan bagi tujuan selenggara dan naik taraf pusat-pusat institusi islam di Sabah,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Dalam pembentangan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, RM150 juta daripada peruntukan RM1.9 bilion itu disediakan kepada Jakim untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor. – Gambar Bernama, 14 Oktober, 2023

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Mohd Noor berharap agar peruntukan digunakan untuk pembangunan semua jabatan agama negeri bagi tujuan penyelidikan dan dakwah.

‘Saya bersetuju dengan jumlah RM150 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf prasarana kepada setiap negeri.

“Saya berharap dengan peruntukan ini, Jakim dan semua jabatan agama negeri dapat tingkatkan lagi pelbagai program untuk kebajikan umat Islam serta perkembangan dakwah di seluruh negara,” katanya. – 14 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[WATCH] Just what the doctor ordered: prescriptions for a better Malaysia

In the face of attempts to sow discord among the various races in the country, cardiothoracic surgeon Datuk Dr Venugopal Balchand stands ready to staunchly defend national unity and harmony in a heartbeat.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related