HEADLINES

Bajet 2024: Peruntukan besar untuk urus, bangun hal ehwal Islam, bukti kerajaan bersungguh martabat syiar agama

Keseriusan Perdana Menteri itu jelas apabila nilai peruntukan diberikan pada bajet kali ini bagi tujuan berkenaan lebih tinggi, berbanding RM1.5 bilion pada 2023

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peruntukan besar sebanyak RM1.9 bilion disalurkan menerusi Bajet 2024 untuk tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam, membuktikan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim amat komited serta bersungguh-sungguh memartabat pembangunan syiar agama di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia juga jelas dilihat apabila nilai peruntukan diberikan itu lebih tinggi, berbanding RM1.5 bilion pada 2023.

“Sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam, antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar serta sekolah tahfiz,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ujarnya, bagi memperkasakan agenda membangun Malaysia Madani dalam kalangan rakyat, kerajaan mengiktiraf dan amat menghargai jasa lebih 70 ribu guru takmir, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha pembangunan insan.

“Kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas yang ditambah menjadi RM700 dan akan disalurkan terus kepada murabbi ummah terbabit dengan peruntukan lebih RM50 juta,” katanya.

Beliau berkata, pengembalian semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar di bawah Jakim diumumkan kerajaan pada bajet itu, disambut baik serta diharap dapat menyokong fungsi institusi pendidikan agama berkenaan dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka.

Jelasnya, menjadi aspirasi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah, justeru jabatan itu bersyukur apabila kerajaan bersetuju memperkasa Akademi Kehakiman Syariah Malaysia dalam melatih hakim mahkamah atasan secara lebih terancang serta berkesan, dengan turut memberikan peruntukan RM20 juta.

Mohd Na’im berkata, ​Kerajaan Perpaduan juga amat prihatin terhadap masa depan pembangunan program tahfiz dengan memperuntukkan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan Program Tahfiz TVET, sekali gus membolehkan ia membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.

“​Saya bersama seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad terus bekerja dengan penuh amanah, komited dan menjaga tatakelola agensi hal ehwal Islam bagi memastikan segala agenda dalam Belanjawan Madani 2024 dapat dicapai sebaiknya demi maslahah rakyat.

“Saya mewakili seluruh warga jabatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2024 dengan asas penghayatan tema Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related