HEADLINES

Pengguna di Kelantan nikmati lebih RM4.4 juta subsidi dalam 679 Program Jualan Rahmah

Program ini membolehkan orang ramai menikmati diskaun 10 hingga 30 peratus untuk barangan keperluan

10:10 AM MYT

 

GUA MUSANG – Kira-kira 474,384 pengguna di Kelantan menikmati lebih RM4.4 juta subsidi yang disediakan kerajaan menerusi Program Jualan Rahmah (PJR) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam tempoh Januari sehingga setakat ini.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen yang memfokuskan penempatan rakyat golongan B40.

“Program ini banyak beri manfaat kepada pengguna termasuk penduduk di kawasan luar bandar kerana mereka dapat menikmati diskaun 10 hingga 30 peratus.

“Di Gua Musang sahaja kita ada 26 siri program Jualan Rahmah yang melibatkan subsidi RM270,000,” katanya kepada pemberita selepas Program Malam Apresiasi Gerakan Pengguna Daerah Gua Musang di Taman Etnobotani, di sini semalam.

Sementara itu Azman berkata, 30 peratus kuota tambahan barangan runcit telah diberikan kepada pemborong sepanjang musim tengkujuh.

“Setakat ini, kami tidak menerima laporan tentang kenaikan harga barang dari pihak pengguna dan bekalan barangan masih lagi terkawal semasa musim tengkujuh.

“Kita juga telah mengadakan operasi bersepadu bersama 14 agensi di seluruh negeri pada 12 hingga 14 Disember dan tiada kes kenaikan harga barang cuma terdapat beberapa tangkapan melibatkan ketirisan subsidi seperti minyak diesel,” katanya. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related