◉ HEADLINES

Muhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline

Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya: Muhyiddin

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan syarikat penerbangan MYAirline atau mana-mana pemegang saham syarikat.

Tambahnya, beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar syarikat tersebut.

Sambil menyatakan ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan kemelut yang melibatkan MYAirline, Muhyiddin memaklumkan syarikat berkenaan mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021, iaitu semasa beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirlines tidak boleh dikaitkan dengan saya.

“RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuatkuasa 12 Oktober lalu, hingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Pada sidang media baru-baru ini, syarikat tersebut memaklumkan pihaknya sedang mempercepatkan proses pembayaran semula harga tiket kepada pengguna yang terjejas, susulan penggantungan operasinya.

Sementara itu, pengasas bersama yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya direman selama empat hari, bermula hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 57 tahun itu bersama isteri dan anak dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, di sini bagi permohonanan reman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemar nama baiknya dengan membuat tuduhan jahat kononnya beliau terlibat dengan syarikat tersebut dan meminta supaya politik murahan berkenaan dihentikan. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

◉ Related