HEADLINES

Adakah PAS akan sertai Kerajaan Perpaduan? Bye-bye Muhyiddin: Puad

Tambahan seminggu lalu, Perdana Menteri menjemput PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, seperti disebut dalam temu bual bersama majalah Times

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan kembali memerintah negara ‘tidak lama lagi’, seolah-olah memberi bayangan ia akan menyertai Kerajaan Perpaduan.

Membangkitkan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, bayangan itu semakin jelas apabila Tuan Ibrahim seperti mempertikaikan status PAS sebagai pembangkang walaupun memperoleh 43 kerusi.

“Adakah PAS akan sertai Kerajaan Perpaduan? Patutlah Tuan Ibrahim cakap ‘tidak lama lagi’. Ini tidak perlu tebuk atap.

“(Terdahulu) Menurut Tuan Ibrahim dengan 18 kerusi PAS duduk dalam kerajaan. Maka tidak wajar dengan 43 kerusi PAS jadi pembangkang pula,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, tambahan seminggu lalu, Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim menjemput PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, seperti disebut dalam temu bual bersama majalah Times.

“Apakah ini kebetulan sehingga Tuan Ibrahim umum di Muktamar Pemuda PAS.

“’Ahlan Wa Sahlan’ (selamat datang) PAS. ‘Bye bye’ (selamat tinggal) Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam, Selangor berkata, parti itu yakin akan kembali menjadi sebahagian gabungan yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Katanya, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Malah, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata, ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen.

Namun, PAS kembali sebagai pembangkang selepas memenangi 43 kerusi dan ia ‘tanda kiamat semakin hampir’. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related