HEADLINES

Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas Ketua Operasi GLC direman

Wanita itu ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor

1:19 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk  melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.

Perintah reman terhadap wanita berumur 40-an itu dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman  selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. 

Semalam, wanita itu ditahan pada 2 petang ketika hadir bagi memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor. 

Menurut sumber SPRM, kesalahan terbabit dilakukan pada 2022 dengan wanita berkenaan melantik syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related