HEADLINES

Polis buru pemandu Myvi lari tak bayar makan di Kajang

Bagaimanapun polis belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian tersebut sehingga hari ini

9:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis sedang memburu seorang pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai melarikan diri kerana tidak membayar makanan di kawasan Kampung Jambu, Kajang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 petang dan klip video berdurasi 57 saat itu telah tular di media sosial selepas dimuat naik pengguna akaun laman sosial X menggunakan nama @nanmanjoi8715.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah gerai makanan tepi jalan di kawasan Kampung Jambu, pada 12.30 tengah hari Rabu lalu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian tersebut sehingga hari ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Scoop, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaid memaklumkan, semakan pada nombor pendaftaran kenderaan suspek juga mendapati ia adalah palsu.

“Mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video seorang penunggang motosikal mengejar sebuah kereta yang dikatakan tidak membuat pembayaran selepas menikmati makanan tengah hari.

Berdasarkan video berkenaan, penunggang motosikal itu dilihat mengejar pemandu kereta itu bermula daripada Sungai Ramal sehingga ke susur menuju ke pekan Semenyih.

Menerusi rakaman itu, dilihat sepanjang cubaan melarikan diri daripada kumpulan penunggang motosikal terbabit, kereta Perodua Myvi berwarna biru itu dipandu laju secara melulu sehingga hampir melanggar beberapa kenderaan lain. – 19 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related