◉ HEADLINES

Ito Blues Gang masuk PKR

Majlis penyerahan borang telah diadakan semalam di Kings Hotel, Melaka bersempena Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa

9:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman mengesahkan sudah menerima permohonan Mohd Arif Kendut atau lebih popular dengan Ito Blues Gang untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata, majlis penyerahan borang telah diadakan semalam di Kings Hotel, Melaka bersempena Majlis Permukiman Hala Tuju Keadilan Cabang Titiwangsa.

Menurutnya, borang keahlian penyanyi kumpulan Blues Gang itu diterima oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hadir sebagai tetamu kehormat.

“Dalam majlis tersebut Ito juga secara simbolik telah disarungkan sehelai baju T berkolar berlogo Keadilan Wilayah Persekutuan sebagai tanda permohonan beliau sudah diterima.

“Ito adalah reformis yang selama ini bergerak di belakang tabir melalui dunia seni dan menyumbang karya-karya ke arah perjuangan bagi membentuk sahsiah masyarakat.

“Beliau juga telah mengikuti permukiman yang diadakan selama dua hari sebagai langkah awal persediaan untuk dirinya lebih mengenali dunia politik,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun FB hari ini.

Shamsul Iskandar berharap, dengan kemasukan Ito ke Cabang Titiwangsa akan menjadi nilai tambah buat Keadilan dan pemangkin semangat buat golongan seni untuk turut sama mempertahankan Kerajaan Madani. – 25 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related