◉ HEADLINES

Fadhli akui gagal jernihkan persepsi bukan Islam mengenai PAS sepanjang jadi Ketua Pemuda

Menurutnya, ia merupakan tugas terbesar yang ditinggalkannya kepada Pemuda PAS di bawah kepimpinan baharu

8:00 AM MYT

 

SHAH ALAM – Mantan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata selama sepenggal menerajui sayap berkenaan, tugasan terbesar yang belum dicapainya adalah menjernihkan persepsi bukan Islam terhadap parti berkenaan.

Menurutnya, ia merupakan tugas terbesar yang ditinggalkannya kepada Pemuda PAS di bawah kepimpinan baharu.

“Ini tugasan yang besar yang saya tinggalkan kepada pasukan ini, supaya kita dapat menerobos masuk pilihan raya dan mendapat undi bukan Melayu dan bukan Islam.

“Kalau dapat ambil ini sebagai cabaran besar, kita dapat daki satu lagi halangan,” katanya ketika menggulung Muktamar Dewan Pemuda PAS, di Pusat Konvensyen Ideal (IDDC) Shah Alam, malam tadi.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS baharu bagi penggal 2023-2025.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS baharu bagi penggal 2023-2025 – Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

Afnan yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan Fadhli yang tidak mempertahankan jawatan tersebut selepas sepenggal menerajui Pemuda PAS.

Manakala penyandang Ketua Dewan Muslihat PAS pusat, Nuridah Salleh kekal menerajui sayap parti itu bagi penggal akan datang, apabila menang tanpa bertanding.

Mengulas lanjut, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau tidak merasa ralat meninggalkan kepimpinan Pemuda yang disifatkannya sudah bersedia untuk terus memimpin sayap itu.

“Saya tak rasa sedih atau ralat untuk tinggalkan Pemuda kerana barisan yang saya tinggal ini lebih daripada bersedia untuk pimpin barisan pemuda.

“Saya cadangkan barisan ini perlu kekal bukan setakat 2025 tapi ideal sampai 2027 untuk mendepani PRU akan datang,” katanya. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Fadillah: Malaysia racing against time to extend energy security past July deadline

National oil firm Petronas forced to source fuel from Africa as DPM Fadillah warns public against taking current comfort for granted amid global economic shocks

◉ Related