◉ HEADLINES

Hadi desak kerajaan banteras isu 3R sebenar

Isu 3R yang dimaksudkan adalah mencabar undang-undang syariah, fatwa, Rasul, Raja-Raja Melayu dan umat Islam seluruhnya

5:10 PM MYT

 

SHAH ALAM – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendesak kerajaan supaya membanteras isu 3R (agama, raja dan kaum) yang sebenar iaitu dengan mengambil tindakan terhadap pihak yang mencabar undang-undang syariah, fatwa, Rasul, Raja dan umat Islam seluruhnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan PAS juga akan bertindak terhadap pihak yang terus mencabar isu 3R, namun beliau tidak memperincikan jenis tindakan itu.

“Kalau waktu dulu kita saksikan hakim termasyur, ilmuan yang tersohor melayani dengan bijaksana. Bila datang kes yang mencabar syariah mereka melakukan dengan kebijaksanaan.

“Tetapi sekarang ini ada yang cabar undang-undang Islam, mencabar Allah, mencabar Nabi kita, mencabar umat Melayu Islam, mencabar Raja-Raja yang menjadi ketua agama. Ini tak boleh dibiarkan, kita wajib bangkit menentang usaha yang menyerang syariah ini.

“Inilah 3R yang sebenar yang tidak boleh dicabar. Kita tidak akan biar sebaliknya bertindak kepada mereka yang mencabar perkara ini. Bagaimana kita nak bertindak tunggu dan lihat,” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS kali ke-69 di sini hari ini.

Beliau turut memberi amaran bahawa PAS pernah menggerakkan himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan tidak mustahil mengulanginya.

Dalam pada itu, Hadi turut memuji ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti tetapi memilih untuk kekal setia dan tidak meninggalkan perjuangan mereka.

“Ini menunjukkan perjuangan PAS bukan parti hotel, parti tumpangan. Ini menunjukkan mereka yang menumpang dalam PAS semakin berkurangan,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan ulama dan pendakwah untuk tidak menyamakan khutbah Jumaat dengan ceramah atau kempen politik.

“Nak ingatkan ulama dan pendakwah kita, kena bezakan antara khutbah Jumaat dengan kuliah tidak sama dengan ceramah politik.

“Ini boleh merosakkan perjalanan parti kita, bercakap ikut kemampuan, nak politik dan berdakwah perlu bijak, nak takbir kena tahu tempat,” katanya. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

I recommended the seven heritage players: Tengku Muda Pahang

Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah said the footballers were recommended to the Football Association of Malaysia (FAM) through proper channels with the genuine intention of strengthening the national team

Home Ministry’s 6 banned books mostly young adult romances, 3 of them LGBT-related

Ministry says bans are a 'preventative action' against harm from content it deems unsuitable for public consumption.

Pas sacks three Perlis assemblymen over alleged mutiny against MB

The party expels Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail, and Mohd Ridzuan Hashim following their submission of statutory declarations against the Menteri Besar’s leadership

◉ Related