Wan Saiful dijangka hadapi 18 pertuduhan pengubahan wang haram esok

Adam Radlan pula bakal berdepan pertuduhan berhubung Jana Wibawa

10:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad dijangka hadir di mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan baharu berkaitan pengubahan wang haram esok.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Wan Saiful berkata, beliau akan menghadapi pertuduhan baharu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2002.

Dalam hantaran itu, beliau menyatakan butiran terperinci mengenai pertuduhan berkenaan masih tidak jelas buat masa ini.

Bagaimanapun, difahamkan Wan Saiful akan menghadapi 18 pertuduhan baharu berkaitan program Jana Wibawa.

Adam Radlan juga dijangka didakwa esok dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 4 AMLATFPUAA.

Dokumen dilihat Scoop menunjukkan bahawa Adam sudah dipanggil ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.30 pagi.

Wan Saiful berdepan perbicaraan pada 13 Februari lalu kerana didakwa meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa.

Pertuduhan awal itu difailkan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mei lalu, beliau memohon supaya pertuduhan berkenaan dibatalkan, namun ia ditolak Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob pada 21 Julai.

Hakim menetapkan perbicaraan dimulakan pada Mac tahun depan.

Sebelum ini, Adam Radlan menghadapi lima pertuduhan.

Dia dituduh meminta dan menerima rasuah RM2 juta dan tambahan tiga pertuduhan mengambil wang berjumlah RM2.6 juta.

Pada 21 Februari lalu, ahli perniagaan berusia 42 tahun itu didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000, selain peratusan projek kerja jalan raya bernilai RM47.8 juta berkaitan Jana Wibawa.

Manakala, hari berikutnya, beliau dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selepas dituduh menerima suapan lebih RM4 juta daripada dua individu berkaitan program Jana Wibawa.

Terbaharu, pada 28 Februari lalu, Adam Radlan dituduh meminta rasuah RM2 juta daripada Lian Tian Chuan sebagai upah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek berkaitan program sama.

Kesemua pertuduhan rasuah Adam Radlan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. – 24 Oktober 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

‘Non-Bumiputera doctors don’t even want to enrol at UiTM,’ says Umno’s Akmal

Umno Youth chief says certain quarters with ‘political interests’ are harping on the issue to disrupt racial harmony

Related