HEADLINES

Mahkamah tetapkan 23 November dengar permohonan pasport Muhyiddin

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes hari ini

10:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini bersedia untuk mendengar permohonan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan semula pasportnya pada 23 November ini.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes hari ini.

Beliau juga menetapkan 8 November untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit mereka sebagai jawapan kepada permohonan Muhyiddin, dan 17 November untuk peguam Muhyiddin memfailkan jawapan mereka, sekiranya ada keperluan.

Azura kemudian menetapkan 21 November ini untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis sebelum perbicaraan kes.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini kerana kehadirannya dikecualikan.

Beliau diwakili peguam Datuk K Kumaraendran dan Amer Hamzah Arshad, manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin memfailkan permohonan bagi mendapatkan semula pasportnya untuk bercuti bersama keluarganya ke United Kingdom serta menjalani pemeriksaan kesihatan di Singapura.

Dalam permohonannya, Presiden Bersatu itu berkata, percutian bersama keluarganya sudah dirancang antara 15 Disember dan 11 Januari depan.

Muhyiddin didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan salah guna kuasa pada Mac lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin bagaimanapun membenarkan Muhyiddin dibebaskan daripada empat tuduhan membabitkan salah guna kuasa, kerana pertuduhan tersebut cacat.

Bagaimanapun, beliau masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Muhyiddin memfailkan permohonan awal bulan ini untuk membatalkan baki tiga pertuduhan itu. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related