HEADLINES

Majlis Keselamatan PBB gagal tangani konflik Israel-Hamas, tolak resolusi AS, Rusia

AS minggu lalu menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan dan Israel berhak mempertahankan diri

4:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal mengambil tindakan ke atas konflik Israel-Hamas ketika krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

Rusia dan China menolak resolusi Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto untuk menyekat desakan agar serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Draf resolusi alternatif yang dicadangkan Rusia secara berasingan turut gagal mendapat sokongan mencukupi.

AS minggu lalu menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan dan menegaskan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

“Kami memang mendengar anda semua. Walaupun undian hari ini adalah satu kemerosotan, kami tidak boleh dihalang,” kata Duat Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield selepas tindakan Rusia dan China yang disifatkannya sebagai mengecewakan.

10 ahli Majlis mengundi untuk resolusi itu, manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) menentang dan Brazil dan Mozambique berkecuali.

Selepas kegagalan resolusi AS, Majlis Keselamatan mengundi draf resolusi Rusia yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan dan penarikan semula arahan Israel supaya orang awam di Gaza berpindah ke selatan sebelum serangan darat dilancarkan.

Ia adalah percubaan kedua Rusia pada resolusi itu tetapi usaha tersebut hanya memperoleh empat undian.

Percubaan pertamanya pada 16 Oktober lalu mendapat sokongan lima ahli Majlis.

Duta UAE, Lana Nusseibeh, yang menyokong resolusi Rusia berkata, Majlis Keselamatan perlu bertindak balas “secara ketara” terhadap situasi yang semakin memburuk di Gaza.

10 anggota Majlis Keselamatan yang dipilih kini merancang untuk mengusahakan draf resolusi baharu, kata Duta Malta ke PBB, Vanessa Frazier.

Resolusi digubal Brazil yang dikemukakan pada 18 Oktober ditolak oleh AS, di mana ia dikatakan tidak cukup untuk mengiktiraf hak Israel untuk mempertahankan diri.

Rusia dan United Kingdom pula berkecuali.

Di tengah-tengah kebuntuan majlis tersebut, Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 negara akan mengundi mengenai draf resolusi yang dikemukakan negara-negara Arab dan lain-lain yang menggesa gencatan senjata segera, esok.

Israel berkata, mereka mahu menghapuskan Hamas, yang mengawal Gaza, sebagai tindakan balas terhadap serangan yang dilancarkan kumpulan itu pada 7 Oktober lalu.

Rejim Zionis mengepung Gaza dan menyebabkan kawasan didiami 2.3 juta penduduknya dibom tanpa henti.

Pihak berkuasa Palestin berkata, lebih 6,500 terkorban dalam konflik tersebut. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Related