◉ HEADLINES

Mahkamah benar kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin dibicara bersama

Muhyiddin berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram

3:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan itu memenuhi kriteria mengikut Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah kerana ia melibatkan satu siri perbuatan dalam transaksi dan individu yang sama.

“Ini juga dapat memastikan keadilan kepada semua pihak, menjimatkan masa dan mengelak kesukaran terutama kepada saksi-saksi yang serupa. Tiada sebarang prejudis akan berlaku kepada tertuduh berikutan penggabungan perbicaraan ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi bagi perbicaraan kes berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Feb ini untuk pengurusan kes dan tarikh perbicaraan.

Sementara itu, mahkamah membatalkan permohonan Muhyiddin untuk menarik balik pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya.

Ini selepas peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik permohonan tersebut kerana perkara itu telah menjadi akademik.

Muhyiddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. – 16 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related