HEADLINES

PN desak usul isu Palestin dibahas, dilulus sebulat suara di Dewan Rakyat Isnin ini

PN juga mahu Dewan Rakyat meluluskan satu pandangan bahawa tindakan kejam Israel tidak disokong

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan mendesak agar usul mengenai Palestin dibahaskan di Dewan Rakyat Isnin ini.

Menurutnya, pihaknya juga mahu Dewan Rakyat meluluskan satu pandangan bahawa tindakan kejam Israel tidak disokong.

“Kami Ahli Parlimen PN berharap supaya satu usul akan diterima di Parlimen untuk isu Palestin ini dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Kita nak Dewan Rakyat meluluskan satu pandangan yang mewakili seluruh rakyat Malaysia (sebagai) badan legislatif tertinggi negara untuk menyatakan suatu mesej bahawa ianya tidak menyokong tindakan Israel,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas acara Himpunan 10k Solidarita Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak hari ini.

Malah, Afnan berkata, beliau bersetuju dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya Israel dikutuk dalam Parlimen dengan satu usul diluluskan sebulat suara.

Ditanya adakah Ahli Parlimen PN akan mengadakan protes jika usul itu tidak diterima, Afnan memaklumkan, ia belum dibincangkan.

“Kami belum tahu apa tindakan seterusnya, kita serah kepada Ketua Pembangkang.

“Secara peribadi, saya akan mempertahankan dan membantah kenapa usul ini tidak diterima untuk dibahas di Parlimen. Kita yakin dan akan desak usul itu diterima serta dibahaskan secepat mungkin di Dewan Rakyat pada Isnin,” tambahnya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, jika Israel terus mengganas, PAS akan menganjurkan perhimpunan lebih besar.

Katanya, satu memo yang menyatakan pendirian Ahli Parlimen PN mengutuk Israel dan mempertahankan hak rakyat Palestin, akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Amerika Syarikat pada Isnin. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Nasib 2 Adun ‘dipecat’ di tangan Sultan Kedah, Sanusi tunggu masa menghadap

Isu pemecatan dua Adun Bersatu yang dianggap ramai sebagai "sudah dijangka" kini memasuki fasa kritikal apabila Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membawa perincian tersebut ke hadapan Sultan Kedah

Pelaksanaan dasar BDR jimatkan hampir RM2 juta RON95 dalam masa 10 hari

Setakat hari ini sebanyak 20,136 penjawat awam terlibat dalam pelaksanaan BDR, berbanding 15,452 pada 15 April lepas

Action taken in case of teacher who allegedly groomed student, says Education Ministry

MoE does not divulge details but says matter dealt with in accordance with existing guidelines

Related