◉ HEADLINES

Gaza terputus hubungan dengan dunia luar, komunikasi lumpuh sepenuhnya

Angka korban penduduk Palestin susulan serangan Israel telah melebihi 8,000 orang

8:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Terputus hubungan dengan dunia luar. Itu yang dialami oleh rakyat Palestin apabila sistem komunikasi di Gaza lumpuh sepenuhnya untuk hari kedua.

Ia berlaku ketika mereka dihujani dengan bedilan bom daripada tentera Zionis.

Serangan hebat Israel dilakukan menerusi udara dengan mensasarkan Beit Lahia, Beit Hanoon dan Zeitoun. Pasukan perubatan memaklumkan usaha menyelamat sukar dijalankan disebabkan seluruh sistem komunikasi di Semenanjung Gaza telah lumpuh sepenuhnya.

Keadaan ini juga menyebabkan kesukaran untuk menilai kemusnahan yang berlaku akibat serangan Zionis di utara semenanjung itu.

Israel, yang mendakwa Hamas menyembunyikan senjata dan tentera dalam kalangan orang awam, turut mengarahkan penduduk Gaza berpindah ke selatan demi keselamatan mereka, lapor Al Jazeera.

“Ini adalah nasihat ketenteraan segera,” kata jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari menerusi platform X.

“Demi keselamatan segera, kami menggesa semua penduduk di utara Gaza berpindah sementara ke selatan.’’

Dalam pada itu, tentera Israel telah melancarkan dua serangan menerusi darat pada Rabu dan Khamis malam serta turut mengeluarkan video-video serangan terbabit bagi tujuan propaganda. Mereka bagaimanapun berundur sebelum subuh.

Sementara itu, angka korban penduduk Palestin susulan serangan Israel telah melebihi 8,000 orang, lapor Kementerian Kesihatannya. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related