HEADLINES

Ribut, puting beliung landa Kubang Pasu

Tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas

7:48 PM MYT

 

ALOR SETAR – Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru itu kira-kira 15 minit kemudian daripada orang awam.

“Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas.

Menurut Mohd Adenin pihak PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan menasihatkan penduduk terlibat membuat laporan polis.

“Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya dan menambah jumlah rumah terjejas masih belum diketahui.

Sementara itu, hujan lebat serta ribut turut dilaporkan berlaku di daerah Pokok Sena dan Kuala Muda yang menyebabkan kerosakan harta benda penduduk termasuk satu kemalangan maut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata antara lokasi terjejas di Kuala Muda ialah Kampung Sungai Rotan, Kampung Sungai Badak, Kampung Batu, Taman Gurun Jaya serta Kampung Baru Bedong.

“Di Kuala Muda berlaku angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang pada 5.30 petang tadi yang mengakibatkan kejadian ribut. Jumlah keluarga dan mangsa terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.

Di Pokok Sena, kejadian sama menyebabkan pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di Jalan Kampung Bukit Payong kira-kira 3.20 petang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena Pegawai Bomba Kanan II Shahrin Musa berkata pemandu kereta itu iaitu seorang lelaki warga emas, Ool Book Khak, 74, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related