HEADLINES

Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja dua hari

Anwar dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong akan membincangkan langkah-langkah ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala, termasuk inisiatif-inisiatif baharu untuk kelancaran kesalinghubungan dan pergerakan rentas sempadan serta kerjasama dalam tenaga hijau

11:19 PM MYT

 

SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pada pukul 10 malam. 

Perdana Menteri disambut oleh Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia  Vanu Gopala Menon.

Turut hadir Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Anwar berada di sini pada Januari tahun ini untuk lawatan rasmi sulungnya ke Singapura selaku Perdana Menteri dan pada September lepas beliau menyertai dua sesi khas di Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Institut Milken.

Menurut Wisma Putra, Anwar dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong akan membincangkan langkah-langkah ke arah meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala, termasuk inisiatif-inisiatif baharu untuk   kelancaran kesalinghubungan dan pergerakan rentas sempadan serta kerjasama dalam tenaga hijau. 

Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin dalam kerangka permukiman, katanya.

Kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang keusahawanan dan surat sampingan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura Ketiga (MSBDF).

Anwar juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Sesi Permukiman Pemimpin – Pemimpin Malaysia-Singapura merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara kedua-dua negara, yang dihoskan secara bergilir-gilir sejak 2007. 

Sesi permukiman ini telah tertangguh sejak 2019 kerana pandemik COVID-19. – 29 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related