HEADLINES

FLFAM bimbang ‘orang tengah’ kenakan harga tak masuk akal bila subsidi ayam tamat Rabu ini

KPDN perlu pantau agar penamatan subsidi harga ayam tidak menjadi rungutan pelbagai pihak khususnya golongan B40

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) bimbang orang tengah akan menaikkan harga ayam dengan sewenang-wenangnya susulan tindakan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam bermula 1 November ini.

Justeru penasihatnya Datuk Jeffrey Ng meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu kerana dalam rantaian makanan, pasti akan ada pihak yang mengambil untung dengan harga tidak masuk akal.

“Ini sebenarnya waktu terbaik untuk harga siling ayam dimansuhkan kerana kita sudah ada banyak bekalan haiwan tersebut namun kita risau ada pihak tidak bertanggungjawab iaitu peniaga atau orang tengah mengambil kesempatan dengan menjual harga yang tidak munasabah.

“Dalam rantaian makanan, kalau harga siling tiada nanti, pasti akan ada pihak ambil untung dengan harga tidak masuk akal,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C pula akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

Menurutnya, penamatan subsidi secara pukal bagi ayam dilaksanakan demi mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Mengulas lanjut, Jeffrey turut menyatakan keyakinan bahawa penternak serta peladang di bawah FLFAM tidak akan menaikkan harga dengan mendadak.

Namun beliau meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkasakan lagi pemantauan agar penamatan subsidi harga ayam kelak tidak menjadi rungutan pelbagai pihak khususnya golongan B40. – 30 Oktober, 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related