◉ HEADLINES

Pemasangan ‘perangkap kesalahan’ di lokasi kemalangan tinggi diteliti

Kajian dijalankan Miros mendapati tahap pematuhan pengguna kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang meneliti dan mempertimbangkan hala tuju baharu berhubung Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas), bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, usaha yang turut dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, termasuk melaksanakan penambahbaikan bagi memasang kamera Awas di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

Katanya, pemasangan kamera itu adalah bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya, khususnya membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju.

“Hal ini disokong dengan kajian sudah dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera terbabit, adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya.

“(Ia) seterusnya sudah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera Awas,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nair mengenai apakah status terkini cadangan menambah dan menggantikan unit Awas, selain adakah terdapat sebarang jaminan pertambahan kamera itu mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Hasbi memaklumkan, pada masa ini terdapat 45 kamera Awas atau terdahulu dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) yang sedang beroperasi dan dikuatkuasakan.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 44 kamera sedang beroperasi sepenuhnya, manakala satu kamera dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan berpunca daripada kemalangan jalan raya.

“Pengguna jalan raya sentiasa diberikan peringatan jelas di kawasan penguatkuasaan kamera Awas beroperasi.

“Perkara ini terbukti dengan pemasangan tiga papan tanda yang memaklumkan lokasi kamera Awas beroperasi kepada semua pengguna.

“Kamera Awas bertujuan memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan, terutama di kawasan titik hitam (blackspot) yang menyaksikan nahas jalan raya kerap berlaku,” katanya. – 1 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

◉ Related