Yousef Abuassi risau fikir kesengsaraan keluarga di Gaza, adik hilang sejak 26 hari lalu

Menurut Yousef, bapanya memaklumkan bahawa rumahnya telah dibedil Israel dan tidak mempunyai tempat untuk dituju

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — “Bapa, ibu dan 11 adik-beradik saya hanya berlindung di jalanan selepas rumah kami dibom tentera Israel beberapa hari lepas. Kini saya terputus hubungan dengan mereka,” kata Yousef Abuassi, rakyat Palestin yang menetap di Malaysia.

Menurut Yousef, 28, kali terakhir dia menghubungi bapanya yang berada di kampung mereka di Al Sabrah, utara Gaza ialah pada Jumaat lalu.

Ketika itu, kata Yousef, bapanya memaklumkan bahawa rumahnya telah dibedil Israel dan tidak mempunyai tempat untuk dituju.

“Ayah kata lagi, mereka hendak berlindung di sekolah namun ia jadi sasaran bom Israel, nak pergi ke hospital, Israel bom juga, jadi dia dan ahli keluarga yang lain tidak tahu hendak pergi mana, hanya berlindung di mana sahaja. Lari sini, lari sana.

“Ayah kata dia, ibu dan adik-beradik lain tidak ada tempat selamat untuk berteduh, hanya berada di jalanan, ayah cari air untuk minum pun tak jumpa.

“Selain itu mayat-mayat bergelimpangan di jalan, ada yang tiada kaki, tiada tangan, dianggarkan kira-kira 50 mayat. Ambulans pun tidak ada, mayat dibawa guna kereta keldai,” kata Yousef ketika datang ke pejabat Scoop, di sini.

‘Ayah kata dia, ibu dan adik-beradik lain tidak ada tempat selamat untuk berteduh, hanya berada di jalanan, ayah cari air untuk minum pun tak jumpa’ – Azim Rahman/Scoop, 7 November, 2023

Yousef, dikenali di Instagram dengan nama Yousuf_Anak_Palestin dan sering berkongsi video-video serta perkembangan di Gaza bersama 37,000 pengikutnya.

Selasa ini genap sebulan Israel membedil Gaza. Angka korban rakyat Palestin telah menghampiri 10,000 orang dengan lebih 6,000 kanak-kanak serta wanita terkorban.

Israel memulakan serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu, dan berterusan sehingga ini. Meskipun antarabangsa memberikan tekanan supaya Israel melaksanakan gencatan senjata namun ia tidak dipedulikan.

Serangan yang dilancarkan oleh Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan lebih 10,000 rakyat Palestin terkorban. – Gambar Facebook Agensi Berita WAFA, 7 November, 2023

Yousef juga memaklumkan, mereka sekeluarga kini runsing kerana adik lelakinya yang berusia 19 tahun gagal dihubungi sejak 26 hari lalu dan dikhuatiri telah terbunuh.

“Adik saya dah 26 hari hilang, tidak pulang ke rumah, tak dapat dihubungi, keluarga tidak tahu dia berada di mana, ibu saya asyik menangis sahaja, tidak tahu dia di mana sama ada masih hidup atau sudah syahid.

“Keluarga saya mencarinya di hospital, tanya semua termasuk doktor, masih tidak jumpa. Hanya Allah sahaja yang tahu, keluarga hanya mampu terus berdoa semoga dia dirahmati,” katanya.

‘Saya datang Malaysia, kerja di restoran, kumpul duit sikit-sikit, bagi setiap bulan RM500 kepada keluarga, beri duit untuk hias rumah keluarga, tapi (akhirnya) di bom Israel’ – Azim Rahman/Scoop, 7 November, 2023

Mengulas mengenai dirinya, Yousuf yang datang ke Malaysia pada 2015 untuk bekerja, memaklumkan sudah sembilan tahun beliau tidak pulang ke Gaza untuk bertemu keluarganya.

“Saya datang Malaysia, kerja di restoran, kumpul duit sikit-sikit, bagi setiap bulan RM500 kepada keluarga, beri duit untuk hias rumah keluarga, tapi (akhirnya) di bom Israel,” katanya.

Bedilan bom Zionis mengakibatkan kemusnahan yang cukup besar di Gaza namun ia tidak bisa melemahkan semangat penduduknya. – 7 November, 2023

Yousef turut berharap agar negara Islam khususnya negara-negara Arab dapat bersatu dan bangun mempertahankan bumi Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

“Harap semua negara Islam, buka mata, bangun dan bersama-sama penduduk Palestin untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Hentikan kezaliman ini, cukuplah derita ditanggung rakyat Palestin,” katanya.

Dia turut mengajak semua pihak terutama rakyat Malaysia untuk menggunakan media sosial dengan berkongsi video dan gambar kekejaman rejim Zionis, bagi menyatakan sokongan dan solidariti berterusan kepada rakyat Palestin di Gaza. – 7 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related